Pemasangan 2,000 AED, bantu serangan jantung di tempat awam

Pemasangan 2,000 AED, bantu serangan jantung di tempat awam

MUHAMAD AKMAL Saleh berucap pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Agensi kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diseru bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyediakan latihan penggunaan defibrilator luaran automatik (AED) kepada masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, latihan tersebut penting supaya pihak terlibat mengetahui sekurang-kurangnya cara penggunaan asas AED, latihan bantuan awal kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan peti pertolongan cemas.

Katanya, kerajaan negeri menyasarkan memasang 2,000 peralatan AED di seluruh Melaka dalam tempoh lima tahun bagi membantu rakyat yang mengalami serangan jantung di tempat awam.

“Bagi meneruskan inisiatif ini, satu Jawatankuasa MyHeart akan diwujudkan pada tahun depan untuk mengendalikan AED di seluruh Melaka. Kita sasar dalam tempoh lima tahun ini kita akan tambah sekurangnya sebanyak 2,000 AED sekitar negeri.

“AED dapat membantu pelancong yang tiba-tiba terkena serangan jantung yang mana alat ini dikenal pasti memberikan peluang atau peratusan yang jauh lebih tinggi untuk menyelamatkan nyawa pesakit,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan dikemukakan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai usaha menyelamatkan pesakit yang terkena serangan jantung di tempat awam.

Dalam pada itu, mengenai penambahbaikan kesihatan rakyat, Muhamad Akmal memberitahu, pemeriksaan menerusi Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) diteruskan dan beliau memohon kepada semua pihak yang menganjurkan program untuk menjalin kerjasama dengan pusat kesihatan daerah (PKD).

Katanya, kerajaan negeri turut melaksanakan inisiatif tambahan dengan menyediakan klinik bergerak bagi menjalankan pemeriksaan penanda tumor.

“Usaha ini bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung yang hadir. Kita juga bekerjasama dengan Persatuan Kanser Malaysia untuk menggerakkan klinik bergerak di mana-mana program.

“Orang ramai yang menghadapi kekangan waktu dan pekerjaan untuk menjalankan pemeriksaan kanser boleh menjalankan pemeriksaan mamogram secara mudah dengan klinik bergerak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya