Operator kilang maut tersepit mesin acuan - Utusan Malaysia

Operator kilang maut tersepit mesin acuan

Operator maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang operator kanan sebuah kilang pembuatan produk pembungkusan di daerah ini maut akibat tersepit pada mesin acuan, baru-baru ini.

Kejadian melibatkan lelaki warga Nepal berusia 30 tahun itu berlaku kira-kira pukul 7 petang, 15 November lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor menerusi kenyataan berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa ditugaskan mengangkat dan menyusun produk yang keluar daripada mesin berkenaan.

“Ketika kejadian lelaki itu cuba membetulkan hos yang tertanggal pada mesin di kawasan acuan lalu tersepit. Mangsa ditemui terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, JKKP mengeluarkan dua  notis pembaikan berikutan kegagalan majikan membuat penaksiran risiko dan prosedur kerja selamat bagi aktiviti kerja di mesin acuan itu.

“Arahan Larangan Kacau Ganggu lokasi kejadian turut dikeluarkan kepada pihak majikan. 

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab atas kemalangan tersebut,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, tindakan perundangan ke atas pihak berkaitan akan diambil jika didapati wujud pelanggaran mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja termasuk melakukan kawalan risiko yang berkesan.

“Kejadian seumpamanya boleh dielak jika majikan melaksanakan penaksiran komprehensif mengikut Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya