KUALA LUMPUR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu kali ini diberi tugas sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sementara Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Bagi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula, tugas tersebut diberi kepada Datuk Seri Nancy Shukri yang sebelum ini mempunyai rekod sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan disandang Nga Kor Ming yang juga merupakan ahli parlimen DAP Teluk Intan. –UTUSAN