Maghribi tidak mengecewakan

Maghribi tidak mengecewakan

WALAUPUN gagal ke perlawanan akhir pasukan Maghribi telah menunjukkan perubahan yang besar dalam bola sepak dunia apabila mara ke separuh akhir kejohanan paling berprestij. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR: Jurulatih Maghribi, Walid Regragui memuji usaha anak didiknya meletakkan pasukan di peringkat tertinggi dalam sejarah bola sepak negara itu walaupun tewas kepada Perancis 2-0 dalam saingan separuh akhir Piala Dunia 2022, semalam.

Regragui berkata, beliau berbangga mereka tidak putus asa dan hilang semangat walaupun menentang penyandang juara Piala Dunia 2018.

“Kami sudah bagi segala-galanya, itu yang penting buat kami. The Atlas Lions berlawan tanpa putus asa sehingga minit terakhir. Mereka memaksa Pe­rancis tidak senang duduk.

“Sekiranya saya ada rasa terkilan mengenai perlawanan tersebut, ia adalah pihak lawan dapat menjaringkan gol pada awal minit permainan dan itu beri Pe­rancis lebih kuat untuk menekan kami,” katanya.

Maghribi mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila menjadi pasukan pertama dari Afrika mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Portugal.

Malangnya, senjata yang me­reka gunakan untuk mera­napkan harapan pasukan besar sebelum ini tidak berkesan semasa menentang Perancis walaupun me­nguasai perlawanan, sebaliknya dikejutkan dengan gol pembukaan Les Bleus seawal minit kelima menerusi Theo Hernandez.

Regragui menjelaskan bahawa Perancis dapat menguasai perlawanan dengan mudah pada separuh masa pertama adalah kerana pemain Maghribi melakukan banyak kesilapan di atas padang.

“Sekiranya kami diberi bola, kami akan ambil. Kami cuba me­rampas bola tetapi dalam pada masa terlalu banyak kesilapan teknikal pada babak pertama.

“Separuh masa kedua kami lebih bijak, kami hanya terlepas bola sedikit sahaja dan Maghribi juga beri tekanan kepada Perancis pula tetapi tidak dapat juga melakukan apa-apa untuk 30 mi­nit terakhir,” katanya.

Tambahnya, The Atlas Lions kehilangan ramai tonggak pasukan seperti ketua pasukan Romain Saiss dan Noussair Mazraoui terpaksa dikeluarkan semasa separuh masa pertama.

“Kami hilang banyak pemain. Mazraoui sakit semasa perlawanan begitu juga Saiss. Tiada apa yang hendak dikatakan, pemain beraksi sehabis mungkin.

Maghribi mempunyai satu lagi perlawanan akhir menentang Croatia untuk penentuan tempat ketiga dan keempat. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya