Maghribi contoh terbaik benua Afrika

Maghribi contoh terbaik benua Afrika

PEMAIN-pemain Maghribi mempamerkan persembahan hebat sepanjang kempen Piala Dunia Qatar 2022 walaupun tewas kepada Croatia 2-1 dalam penentuan playoff tempat ketiga di Doha, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jurulatih Maghrbii, Walid Regragui percaya pasukan­nya mampu memenangi Piala Dunia selepas menduduki tempat keempat di Qatar.

Atlas Lions yang menjadi pa­sukan Afrika pertama mara ke separuh akhir dalam sejarah Pia­la Dunia, tewas 1-2 kepada naib juara 2018 Croatia, namun me­ninggalkan impak besar di Qatar.

Pada Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan diperluaskan kepada 48 pasukan yang mana Afrika akan mempunyai sekurang-kurang­nya sembilan slot berbanding lima ketika ini.

“Sebelum kejohanan, kami diberi 0.01 peratus peluang untuk melakukan ini tetapi kami mengakhirinya di tempat keempat.

“Kami kini salah satu daripada empat pasukan terbaik dunia. Croatia adalah salah satu daripada tiga pasukan teratas dan mereka lebih kuat daripada kami, begitu juga Perancis.

“Kami banyak belajar daripada aksi menentang Belgium, Sepanyol dan Portugal. Kami te­lah menunjukkan boleh bersaing dengan pasukan teratas ini.

“Ini sepatutnya memberi inspirasi kepada negara-negara Afrika yang lain. Ia berada dalam DNA pasukan Eropah untuk mencapai peringkat terakhir dan kami perlu membangunkannya dalam DNA kami juga. Suatu hari nanti, kami boleh memenangi Piala Dunia,” kata­nya.

Dalam pada itu, bintang Maghribi, Achraf Hakimi didakwa bertemu Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika berakhir perlawanan penentuan tempat ketiga susulan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan.

Pengadil dari Qatar, Abdulrahman Al-Jassim didakwa gagal membuat beberapa keputusan yang adil kepada Maghribi.

Maghribi dinafikan sepakan penalti selepas bola tandukan penyerangnya, Youssef En-Ne­syri didakwa terkena tangan Bruno Petkovic tetapi Video Bantuan Pengadil (VAR) menunjukkan bola terkena belakangnya.

Pengadil itu juga tidak me layangkan kad meskipun pemain Maghribi diterjah dengan keras.

Bagaimanapun, kemarahan pemain-pemain Maghribi yang mengelilingi pengadil sele­pas tamat perlawanan berjaya ditenangkan Regragui. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya