Maghribi buat bantahan pengadil

Maghribi buat bantahan pengadil

Pengadil Mexico, Cesar Ramos melayangkan kad kuning kepada Sofiane Boufal dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 menentang Perancis yang akhirnya mengundang rasa tidak puas hati pemain dan persatuan bola sepak Maghrbi. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR: Maghribi membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai tingkah laku ‘tidak adil’ pengadil, Cesar Arturo Ramos dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 yang menyaksikan mereka tewas 2-0 kepada Perancis.

Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi (FRMF) berkata, pihaknya memutuskan membuat aduan kepada FIFA dan mereka juga percaya terdapat kesilapan semasa Ramos mengadili perlawanan tersebut.

Jelasnya, antara kesilapan Ramos sepatutnya menghadiahkan sepakan penalti apabila salah seorang pemain The Atlas Lions jatuh dalam kotak penalti tetapi pengadil itu hanya memberi sepakan percuma sahaja dan enggan menggunakan Vi­deo Bantuan Pengadil (VAR).

“FRMF ingin membantah sekeras-kerasnya timbang tara yang dilakukan oleh Ramos semasa perlawanan Maghribi-Perancis.

“Dengan ini FRMF menghantar surat kepada badan tersebut untuk menyemak semula keputusan Ramos menghalang peluang Maghribi meraih dua gol melalui sepakan penalti yang mana ia sangat penting untuk pasukan dan ini selaras dengan pandangan beberapa pakar perundangan.

“FRMF turut berasa hairan apabila VAR tidak bertindak balas kepada situasi pengadilan itu, kami rasa menyemak alat teknologi tersebut demi membawa keadilan di dalam perlawanan tidak memakan tenaga yang begitu besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Skuad yang dipimpin oleh Regragui tersingkir di separuh akhir selepas gagal membalas serangan Les Bleus yang berjaya merobek dua kali gawang gol melalui jaringan Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani.

Selepas pertembungan kalah mati tersebut, The Atlas Lions melepaskan rasa marah mereka kepada Ramos yang didakwa membuat beberapa keputusan kontroversi.

Selain enggan memberi Magh­ribi peluang melakukan se­pakan penalti, mereka turut hairan apabila pemainnya, Sofiane Boufal dilayangkan kad kuning kerana mengasari Hernandez sedangkan keputusan perlu dibuat adalah sebaliknya.

Melalui tayangan semula, ia menunjukkan bek kiri Perancis itu tergelincir dalam kotak penalti dan kelihatan mengasari pemain sayap Maghribi tersebut, namun Ramos kekal de­ngan keputusan yang dibuat iaitu memberi sepakan percuma kepada Perancis.

Lebih mengecewakan Maghribi aduan tersebut tidak dapat membawa apa-apa perubahan terutama apabila perlawanan akhir akan berlangsung hujung minggu ini dan The Atlas Lions pula akan berebut tempat ketiga dengan Croatia.

Pun begitu, Maghribi disaran melihat kembali kepada perjalanan mereka di Piala Dunia yang penuh dengan perkara positif seperti menjadi negara Afrika pertama yang layak ke peringkat itu. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya