Lima dicekup judi Piala Dunia - Utusan Malaysia

Lima dicekup judi Piala Dunia

ANTARA suspek yang ditahan polis dalam serbuan dalam Ops Soga IX di sekitar Klang Utara, Klang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kegiatan lima lelaki yang terlibat dalam aktiviti judi dan pertaruhan Piala Dunia 2022 tumpas apabila diberkas polis di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Kesemua suspek tempatan berusia 20 hingga 30-an itu ditahan dalam Operasi (Ops) Soga IX yang dijalankan bermula 19 November sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, operasi khas sehingga 21 Disember depan itu bertujuan menahan individu atau sindiket yang bertindak sebagai bookie atau punter.

“Setakat ini, polis Klang Utara sudah melakukan lima serbuan dan menahan lima lelaki bagi membantu siasatan. Suspek akan didakwa mengikut peruntukan Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Empat daripada kes itu melibatkan Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953 manakala satu lagi di bawah Seksyen 6 (3) akta sama,”  katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya Rao, kesemua tangkapan direman dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Kira turut merampas satu unit komputer dan modem, lima telefon bimbit dan satu jadual perlawanan Piala Dunia.

“Selain itu, rampasan melibatkan nilai had kredit di dalam perisian mencecah  RM200,000,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara di talian 03-32902222 atau balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya