DOHA: Son Heung-Min mula memainkan perang psikologi dengan melaungkan amaran awal menjelang pertembungan Korea Selatan berdepan Brazil selepas mendakwa pasukannya mempunyai ‘jaringan lebih tinggi’ untuk melangkah ke pusingan 16 berbanding lawan.
Korea Selatan menempah tempat ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Portugal 2-1, hasil sentuhan Hwang Hee-Chan dalam masa kecederaan.
Son berkata, mulanya dia berfikir ia akan menjadi perlawanan yang sukar.
“Ia benar-benar sukar tetapi pemain kami tidak berputus asa dan kami bekerja keras. Kami melakukannya dengan baik dan saya bangga rakan sepasukan, mereka melakukannya dengan baik.
“Melangkah ke pusingan 16 adalah matlamat kami dan kini kami mempunyai matlamat yang lebih tinggi, melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.
“Tiada siapa yang tahu dunia bola sepak, terutamanya sekarang, dan memandangkan kami mempunyai peluang untuk menewaskan Brazil, kami akan melakukan yang terbaik dan menyediakan permainan terbaik kami,” ujar pemain berkenaan.
Walaupun penyerang Spurs itu kekal yakin, tugas yang bakal dihadapi pasukan tetap sukar, memandangkan mereka pernah dibelasah 5-1 oleh Selecao dalam perlawanan persahabatan musim panas tahun ini.
Bekas jurulatih kelabnya, Spurs, Mauricio Pochettino, berkata, untuk mempunyai pemain seperti Son di atas padang, ia bukan permainan terbaiknya tetapi dia terlibat tepat pada penghujung apabila ia penting. – Agensi/UTUSAN