Kolam tadahan air di tapak lombong ancam keselamatan penduduk

Kolam tadahan air di tapak lombong ancam keselamatan penduduk

SALAH sebuah kolam tadahan air yang terdapat di kawasan lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Penduduk di Bukit Besi di sini melahirkan kebimbangan kejadian banjir lumpur di kampung tersebut pada 2018 akan berulang sekiranya terdapat kolam tadahan air di tapak perlombongan bijih besi pecah akibat hujan lebat pada musim tengkujuh ini.

Mereka percaya kejadian kolam tadahan air di tapak lombong bijih besi itu pecah boleh berlaku setelah dipercayai tiada pemeriksaan lebih kerap dilakukan oleh pihak berkuasa terlibat pada musim hujan sekarang.

Seorang penduduk, Roslan Taib berkata, kejadian banjir lumpur yang lebih besar akan berlaku sekiranya tiada tindakan awal diambil oleh pihak berkuasa dalam memastikan kolam tadahan air yang terdapat di kawasan bukit tersebut berada dalam keadaan kukuh dan selamat.

Menurutnya, dia difahamkan terdapat beberapa buah kolam tadahan air di kawasan bukit tersebut untuk kerja-kerja membersih bijih besi yang dilombong.

“Penduduk bimbang sekiranya kolam tadahan air itu boleh pecah dan mengancam keselamatan penduduk seperti yang berlaku pada 15 Disember 2018 lalu.

“Sebelum kejadian itu berulang, diharapkan pihak berkuasa berkenaan dapat melakukan pemeriksaan untuk memastikan kolam tadahan air itu selamat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat, Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Wan Mohd. Rosli Wan Ngah pula berkata, lokasi perlombongan bijih besi yang terletak berdekatan penempatan penduduk di sini dipercayai boleh menyebabkan banjir kilat dan lumpur.

Jelasnya, keadaan menjadi lebih bahaya sekiranya kawasan hutan berhampiran turut dimusnahkan untuk aktiviti perlombongan.

Tambahnya, pihaknya bimbang sekiranya kolam tadahan air di tapak perlombongan bijih besi itu pecah dan mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

“Dalam kejadian banjir lumpur pada 2018 lalu, beberapa kemudahan awam seperti pagar artifak sejarah perlombongan bijih besi, tadika dan gelanggang futsal mengalami kerosakan teruk akibat ditenggelami banjir lumpur,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya