Kerana desakan hidup, ibu sanggup curi barang kemas

Kerana desakan hidup, ibu sanggup curi barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kerana desakan hidup, seorang ibu kepada tiga anak sanggup mencuri sebuah beg tangan milik seorang peniaga yang mengandungi barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM1,500 di Pasar Besar Tanah Merah di sini, pada Selasa

Bagaimanapun wanita berusia 40-an tidak sempat menggunakan wang hasil jualan barangan kemas tersebut yang berupa dua utas rantai tangan dan tiga utas rantai leher berjumlah RM21,900 di sebuah kedai emas di Kota Bharu, selepas dicekup polis pada pukul 3 petang keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, wanita berkenaan yang merupakan seorang suri rumah itu dicekup semasa berada dirumahnya di Salor, Kota Bharu.

Menurutnya, hasil serbuan itu polis merampas dua buah beg tangan, wang tunai berjumlah RM21,900, dua keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan MyKad milik mangsa.

“Hasil soal siasat yang dilakukan suspek mengaku kali pertama melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana desakan hidup dan mempunyai tiga anak yang masih kecil berusia 8 hingga 11 tahun. Selain itu suspek masih mempunyai  suami yang bekerja sendiri.

“Kita tahan reman suspek bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, sebelum itu mangsa menyedari beg tangan miliknya itu hilang semasa mahu mengemas untuk menutup kedai runcitnya.

Katanya, mengesyaki beg tangannya dicuri mangsa memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang wanita membawa keluar beg tangan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan melalui CCTV itu, polis berjaya mengesan kereta Proton Waja yang telah dinaiki oleh suspek. Susulan itu, polis menjejaki kereta tersebut dan berjaya menangkap suspek dalam tempoh 24 jam.

“Pesanan saya kepada semua pemilik premis kedai emas dingatkan supaya tidak sesekali membeli barang kemas daripada individu yang dilihat mencurigakan dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya