PETALING JAYA: Kerajaan perlu meneliti semula dengan menambah opsyen tertentu terhadap penambahan cuti bersalin sehingga 98 hari yang dikandung dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) supaya lebih adil dan tidak membebankan majikan. Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M Saaid berkata, sekiranya mahu dilaksanakan, pendapatan pekerja wanita itu perlu dipertimbangkan untuk tidak dibayar atau dibayar dengan peraturan-peraturan tertentu. “Di barat, mereka beri cuti bersalin sehingga enam bulan, tetapi gaji dibayar oleh kerajaan. Jadi jika mahu laksanakan di Malaysia, mungkin tidak perlulah sampai kerajaan kena bayar penuh, tetapi mungkin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya