Kementerian Wilayah Persekutuan distruktur semula - Utusan Malaysia

Kementerian Wilayah Persekutuan distruktur semula

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan distruktur semula kepada Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, Datuk Seri Rosida Jaafar  yang sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan  kini menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Mohd. Zuki memaklumkan perkara itu dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Mohd. Zuki memaklumkan beliau menghadiri Sesi Taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut beliau, sesi taklimat kepada Perdana Menteri disampaikan oleh Rosida berkaitan struktur terkini pentadbiran Jabatan Wilayah Persekutuan.

“Selepas taklimat, saya turut bersama dengan Perdana Menteri menghadiri Majlis Interaksi Wilayah Persekutuan. 

“Majlis ini adalah  platform antara pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan dengan ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi membincangkan isu-isu kritikal serta cadangan pelaksanaan dasar pembangunan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya