Kelantan kenal pasti dua tapak pelupusan sampah baharu

Kelantan kenal pasti dua tapak pelupusan sampah baharu

DR. Izani Husin (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha bajet hotell yang mendapat johan bagi kategori Pertandingan Hotel Bajet di Kota Bharu, Kelantan, semalam.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan sudah mengenal pasti dua lokasi di Tanah Merah dan Tumpat yang akan dijadikan sebagai tapak pelupusan sampah baharu bagi mengatasi masalah tersebut di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, kerajaan mengakui tapak pelupusan sampah sedia ada di Beris Lalang Bachok dekat sini sudah hampir penuh dan tidak lagi mampu untuk menampung pertambahan jumlah sampah.

“Insya-Allah, perbincangan mengenai perkara ini akan dilakukan secepat mungkin.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan melakukan penambahbaikan di kawasan tapak pelupusan sampah Beris Lalang bagi memastikan jangka hayat kawasan itu akan bertahan lebih lama seperti mencari barang-barang yang boleh dikitar semula,” katanya semasa ditemui pada Malam Penghargaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Bersama Pengusaha Hotel di sini malam tadi.

Dr. izani memberitahu, kerajaan bercadang memanfaatkan sampah di kawasan itu menerusi penghasilan biokompos dan lain-lain mengikut keperluan.

Katanya, kerajaan juga akan berbincang dengan pihak syarikat yang mahu bekerjasama bagi menswastakan tapak pelupusan sampah.

“Hal ini bertujuan memastikan jangka hayat lebih lama,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya