Kelantan: Banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang bertahan

Kelantan : Banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang bertahan

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menyusun bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di PPS SK Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cuaca mendung kadang kala baik menyaksikan situasi banjir di negeri ini khususnya Rantau Panjang dan Pasir Mas berada dalam keadaan bertahan.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 10 pagi tadi melaporkan 2,012 mangsa masih lagi ditempat di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 712 orang.

Ini di ikuti SK Gual Perok (544), SK Kubang Kual (256), PPS Putat 7 (157), Masjid Mukim Padang Licin (69).

Dua PPS di Pasir Mas pula iaitu SK Sri Kiambang menempatkan seramai 234 orang mangsa sementara SK Kedai Tanjong 40 mangsa.

Kesemua mangsa banjir ini dari 634 keluarga.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah mulai surut dan berada pada paras amaran iaitu 8.52 meter.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya