JPS laksana 40 projek atasi banjir di Kelantan, Terengganu

JPS laksana 40 projek atasi banjir di Kelantan, Terengganu

NIK Nazmi Nik Ahmad (depan) membersihkan bilik darjah yang ditenggelami banjir di SK Bendang Pa' Yong, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang dan akan melaksanakan 40 projek berkait Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan saliran mesra alam sedang di Kelantan serta Terengganu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek-projek tersebut bertujuan meningkatkan bilangan penduduk yang dilindungi daripada kesan banjir.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh negara melalui pelaksanaan RTB.

“Di Kelantan terdapat dua projek RTB utama yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini iaitu Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan PLSB Sungai Golok. Pelaksanaan PLSB Sungai Kelantan yang melibatkan kos berjumlah RM456 juta itu sudah mencapai status kemajuan fizikal sebanyak 87.74% dan dijangka siap pada 20 April tahun hadapan.

“Sementara PLSB Sungai Golok mempunyai tiga fasa. Fasa 1 KESBAN, kemajuan fizikal sudah mencapai 71% kemajuan dijangka akan siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2024,” katanya kepada pemberita semasa meninjau Program Gerak Kerja Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pa’ Yong di sini hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu memberitahu, fasa dua PLSB Sungai Golok ketika ini sudah berada peringkat tender dan surat setuju terima kepada kontraktor akan dikeluarkan pada Mac tahun depan.

Katanya, fasa tiga itu dilaksanakan melalui peruntukan ‘Off Budget’ melibatkan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM2.15 bilion.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum ini sudah memberi jaminan akan  mempercepatkan PLSB Sungai Golok. 

“Kita juga telah arahkan JPS supaya menyegerakan laporan berhubung PLSB untuk tindakan selanjutnya agar projek dapat diteruskan dengan segera,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya