JBPM hantar 21 tan bekalan makanan ke kampung Orang Asli

JBPM hantar 21 tan bekalan makanan ke kampung Orang Asli

AB. Aziz Yusoff (dua kanan) bersama Roslina Bun membantu menghantar bekalan makanan kepada Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi unit udaranya semalam, selamat menghantar 21 tan bekalan makanan di enam buah pos penempatan Orang Asli di sini yang terputus hubungan dengan masyarakat luar akibat musim tengkujuh sejak seminggu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Roslina Bun berkata, perkhidmatan udara itu terpaksa digunakan berikutan jalan darat untuk masuk kawasan tersebut tidak boleh dilalui disebabkan kejadian tanah runtuh dan jambatan runtuh.

Menurutnya, bekalan makanan seperti beras, makanan tin dan barangan makanan lain itu melibatkan 1,400 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli termasuk di Pos Gob, Pos Simpor, Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Bihai.

“Pihak jakoa mengambil inisiatif untuk menghantar bakul makanan ke pos Orang Asli yang terlibat termasuklah ke pos penempatan paling jauh iaitu Pos Gob apabila sebuah jambatan kayu menghubungkan kampung ini telah runtuh.

“Kita berharap keadaan cuaca bertambah baik dan bantuan makanan yang kita hantar ini  diharapkan dapat meringankan beban masyarakat Orang Asli yang tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, juruterbang Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Azuna Mohamed Sabri memberitahu, penerbangan itu melibatkan seramai sembilan orang anggota.

Katanya, operasi menghantar bekalan makanan ke perkampungan Orang Asli yang bermula semalam itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari untuk diselesaikan.

“Sepatutnya kita bermula semalam (kelmarin) tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kita terpaksa melakukan operasi penerbangan hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff turut serta ke kampung berkenaan untuk mengagihkan bekalan makanan kepada Orang Asli di Kampung Gawin dan Pos Gob.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Unit Udara JBPM dan Jakoa yang melaksanakan misi menghantar bantuan makanan bagi membantu Orang Asli yang terputus jalan perhubungan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya