Ikon Pelancongan Mampan Terbaik pengiktirafan besar kepada Wan Rosdy, kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Ikon Pelancongan Mampan Terbaik pengiktirafan besar kepada Wan Rosdy, kerajaan negeri

PAHANG menerima anugerah Ikon Pelancongan Mampan Terbaik sempena Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 yang merupakan pengiktirafan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penganugerahan Ikon Pelancongan Mampan Terbaik sempena Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 merupakan pengiktirafan yang besar kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan juga kerajaan Pahang demi memastikan negeri ini terus menjadi gerbang utama pelancongan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Ikon Pelancongan Mampan Terbaik merupakan anugerah yang julung kalinya disampaikan sebagai mengiktiraf pencapaian dalam pelancongan mampan.

Jelasnya, anugerah itu membabitkan aspek pelancongan yang mengambil kira sepenuhnya kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

“Anugerah ini pengiktirafan yang besar kepada Menteri Besar dan juga kerajaan Pahang dalam memajukan aspek pelancongan negeri.

“Semuanya ada di Pahang, bermula dari kawasan peranginan tanah tinggi yang nyaman, hutan yang menghijau, sungai dihiasi jeram dan air terjun yang memukau, pantai yang memutih, serta pulau yang indah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong mengajak semua rakyat khususnya di negeri ini supaya bersama-sama melestarikan alam.

“Ini kerana, ia aset berharga kepada bidang eko-pelancongan negeri Pahang, sebagai magnet menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN