Gangguan LRT Kelana Jaya sekali lagi

Gangguan LRT Kelana Jaya sekali lagi

LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan isyarat tren yang berlaku pada pagi ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengeluh ekoran gangguan isyarat tren yang berlaku pada pagi ini hingga menjejaskan waktu kekerapan perkhidmatan menyebabkan mereka lambat ke pejabat.

Tinjauan Utusan Malaysia di Twitter mendapati orang terpaksa menunggu lama untuk tren seterusnya dan beratur panjang di stesen LRT ekoran gangguan tersebut.

Malah mereka melihat perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana masalah sama sering berulang dalam minggu ini sehingga mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini.

Justeru, orang ramai di media sosial mahu kerajaan baharu dapat mengatasi masalah itu pada kadar segera agar situasi sama tidak berulang pada masa akan datang.

Terdahulu, akaun Twitter @askrapidkl memberitahu gangguan perkhidmatan laluan LRT Kelana Jaya dengan jangkaan kekerapan 15 minit di beberapa stesen di antara Gombak dan KLCC kerana gangguan isyarat tren. 

“Kerja baikpulih sedang dijalankan. Tren akan dibawa secara manual di kawasan terlibat. Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Namun tidak kemudian, akaun media sosial itu memaklumkan kerja baik pulih selesai dan isyarat tren kembali normal manakala jadual perjalanan sedang diselaraskan dan kekerapan dijangka pulih dalam masa 10 minit. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya