Dua lelaki  terlibat kes pecah rumah, curi tabung masjid diberkas - Utusan Malaysia

Dua lelaki  terlibat kes pecah rumah, curi tabung masjid diberkas

AZLI Mohd. Noor (tengah) bersama pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah melihat dua buah motosikal curi yang dirampas daripada dua suspek di Lipis, Pahang. - FOTO /IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Polis daerah ini melumpuhkan kegiatan pecah rumah, sekolah, kelas tabika serta kecurian wang tabung masjid sejak September hingga Disember tahun ini apabila memberkas dua individu di sini dan Temerloh.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, hasil maklumat dan risikan, polis membuat  dua  serbuan, iaitu pada 28 Disember, pukul 9.30 malam di Temerloh dan 29 Disember lalu, pukul 8 pagi di Chegar Perah di sini. 

Menurut beliau, dalam kedua-dua serbuan itu polis memberkas dua lelaki berusia 28 dan 40 tahun masing-masing di Taman Temerloh Jaya, Temerloh di sebuah surau di Kampung Chegar Perah. 

“Hasil siasatan, lelaki  pertama terbabit empat kes curi tabung masjid, iaitu tiga kes di Lipis dan satu kes di Temerloh. 

“Lelaki kedua mendedahkan penglibatan tiga kes curi tabung masjid, manakala masing-masing satu kes pecah rumah, pecah masuk sekolah, pecah masuk Tabika yang dilaporkan sejak hujung bulan Ogos hingga penghujung bulan Disember tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, bagi kes yang melibatkan kecurian wang tabung masjid, pihaknya mula mengesan suspek apabila menerima lima laporan pada 24 Disember dan 26 Disember lalu, berikutan kegiatan jenayah tersebut berlaku di daerah ini melibatkan nilai wang tabung masjid yang lesap sebanyak RM1,800.

“Suspek pertama aktif melakukan jenayah ini pada awal Disember dengan menyasarkan masjid di pinggir jalan utama dengan berpura-pura sebagai musafir sedang berehat lalu memecahkan tabung masjid dan mencuri wang antara pukul 2 hingga 4 petang.

“Suspek kedua pula  aktif sejak penghujung Ogos juga menyasarkan masjid, sekolah serta rumah berhampiran jalan dengan melakukan jenayah bermula pukul 2 pagi hingga 5 pagi,” katanya. 

“Saringan air kencing kedua-dua  suspek  positif dadah jenis morfin, manakala suspek kedua mereka juga mempunyai rekod jenayah  berkaitan jenayah kecurian dan dadah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya