Dua lelaki maut tercampak keluar dari kereta

Dua lelaki maut tercampak keluar dari kereta

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta Perodua MyVi yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah trak pikap di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pemandu kereta berkenaan, Mohd. Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mohd. Zulkanain Aziz, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi penumpang menaiki kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.

“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat orang mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo memberitahu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Katanya, mayat mereka dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Penumpang belakang Perodua Myvi yang turut tercampak keluar ke sebelah kanan jalan mengalami kecederaan pada kepala manakala seorang penumpang pikap turut cedera di bahagian sama. Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya