Cukai taksiran rumah di Putrajaya dipotong 30% - Utusan Malaysia

Cukai taksiran rumah di Putrajaya dipotong 30%

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pemilik kediaman berharga bawah RM300,000 di Putrajaya diberikan potongan cukai taksiran 30 peratus mulai Januari tahun depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemotongan itu diberikan kepada premis kediaman yang siap dibina pada 2017 sehingga kini dan melibatkan hampir 8,500 unit kediaman.

Menurut beliau, pengura­ngan cukai taksiran itu dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).

“Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Setelah mendapat penera­ngan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman berharga bawah RM300,000 diberikan potongan 30 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang dikenakan sebelum ini,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Menurut Anwar, pengura­ngan itu adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

Keputusan itu khabar gembira kali kedua diumumkan Perdana Menteri khususnya dalam kalangan penjawat awam apabila kebanyakan mereka adalah warga Putrajaya.

Sewaktu membentangkan Bajet Mini Selasa lalu Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewa­ngan (BKK) sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan Januari depan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya