Croatia mahu pungut pingat

Croatia mahu pungut pingat

Andrej Kramaric menganggap perlawanan playoff penentuan tempat ketiga penting untuk rekod pencapaian dalam sejarah penyertaan Piala Dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Peluang untuk menjuarai Piala Dunia telah berakhir buat Croatia dan Maghribi tetapi ‘kea­badian’ menjadi pertaruhan apabila kedua dua pasukan bertemu untuk penentuan tempat ketiga, malam ini.

Penyerang Croatia, Andrej Kramaric menolak anggapan bahawa aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa itu sebagai perlawanan yang sia-sia.

“Saya rasa kalau anda bertanya soalan yang sama kepada pemain Maghribi, mereka juga tidak akan berpandangan seperti itu.

“Mereka berjuang untuk diri mereka kerana jika anda memenangi pingat di Piala Dunia, anda akan jadi wira yang abadi di negara anda. Itulah perkara sama yang akan kami lakukan,” kata Kramaric.

Croatia mara ke final pada edisi 2018, namun dikecewakan Argentina 3-0 pada aksi separuh akhir edisi kali ini.

“Lapan daripada kami (skuad edisi 2018) faham mengenai perasaan memenangi pingat di Piala Dunia tetapi ada ramai lagi pemain yang belum merasainya dan mahukan pengalaman itu.

“Ini kerana kemenangan ini akan terus diingati sepanjang hidup mereka,” katanya.

Bagi Maghribi, tanpa mengira apa juga keputusan, mereka kekal memegang status sebagai pasukan Piala Dunia terhebat dalam sejarah benua Afrika.

Jelas Kramaric, nama pemenang juga akan tetap tercatat dalam sejarah Piala Dunia. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya