BN pertahan DUN Tioman

BN pertahan DUN Tioman, menang majoriti 573 undi

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) memeluk Mohd. Johari Hussain selepas diumumkan menang PRU15 DUN Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini dengan majoriti 573 undi.

Calon BN, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu memperoleh 8,080 undi sekali gus menang untuk penggal keempat.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim yang memperoleh 7,507 undi.

Empat calon lain iaitu Sulaiman Bakar (Bebas) memperoleh 58 undi, Osman A. Bakar dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 79 undi dan Mohd. Fadzli Mohd. Ramly dari Pakatan Harapan (PH) dengan 784 undi.

PRU15 DUN Tioman kali ini menyaksikan tiga calon iaitu Sulaiman, Osman dan Mohd. Fadzli hilang wang pertaruhan.

Keputusan rasmi diumumkan pukul 9.27 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRU15 DUN Tioman, Datuk Ahmad Nasim Mohd. Sidek.

Menerusi keputusan itu, ia memperlihat pengundi DUN Tioman khususnya orang Melayu tidak menolak jajaran politik baharu antara BN dan PH yang membentuk kerajaan negeri dan Pusat.

Ia juga panduan dan resepi buat setiap parti politik dalam mencongak percaturan seterusnya bagi berdepan pilihan raya akan datang termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru pada PRU15 yang diadakan semula ekoran kematian calon PN, Md. Yunus Ramli yang meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung pada 19 November lalu.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi termasuk 262 pengundi awal dan tiga pengundi pos.

Pada PRU15, 19 November lalu, BN Pahang memenangi 16 kerusi DUN, PN 17 kerusi dan PH lapan kerusi.

Keputusan PRU15 DUN Tioman ini menyaksikan BN dan PN masing-masing menang 17 kerusi DUN dan ia tidak mengubah apa-apa kerana kerajaan negeri sudah dibentuk antara BN dan PH.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya