Belanjawan Johor 2023 lulus sebulat suara

Belanjawan Johor 2023 lulus sebulat suara

ONN Hafiz Ghazi ketika menggulung Belanjawan Johor 2023 di Dewan Undangan Negeri di Iskandar Puteri, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.731 bilion.

Speaker DUN, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, belanjawan itu diluluskan secara sebulat suara pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat.

Belanjawan Johor 2023 bertemakan ‘Maju Johor,  Makmur Bersama Rakyat’ dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 1 Disember lalu. 

Selepas dua tahun berturut-turut Johor merekodkan belanjawan defisit pada 2021 dan 2022, Belanjawan 2023  adalah belanjawan lebihan sebanyak RM2.44 juta.

Ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023, Onn Hafiz berkata, Johor diunjurkan mengutip hasil sebanyak RM1.734 bilion, manakala perbelanjaan pula dianggarkan berjumlah RM1.731 bilion. 

Beliau berkata, Belanjawan Johor 2023 membabitkan sejumlah RM69.51 juta perbelanjaan tanggungan, manakala bakinya, RM1.662 bilion adalah perbelanjaan bekalan. 

“Pada tahun depan,  hasil Johor dianggarkan sebanyak RM1.734 bilion dengan perbelanjaan pula adalah sebanyak RM1.731 bilion. Oleh itu,  terdapat lebihan sebanyak RM2.44 juta.

“Sejumlah RM1.126 bilion diperuntukkan bagi tujuan belanja mengurus membabitkan emolumen sebanyak RM 559.54 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM316.73 juta), aset (RM 27.86 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM 209.37 juta) dan perbelanjaan lain (RM 13.24 juta),” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 di Bangunan Sultan Ismail, di sini.

Enam teras dalam Belanjawan 2023 ialah Urus Tadbir Kerajaan, Pembangunan Ekonomi, Jaringan Sosial, Kemudahan dan Keperluan Asas, Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar serta Orang Muda Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya