Beg RM26,000 baik beli emas kata umi- anak MB Kelantan

Beg RM26,000 baik beli emas kata umi- anak MB Kelantan

TANGKAP layar penjelasan daripada anak kepada Menteri Besar Kelantan berkait dengan beg tangan milik ibunya yang menimbulkan perbahasan hangat dalam kalangan warganet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: “Umi oyak (bagi tahu) kalau beg RM26,000 baik beli emas.

Itu respon Azma Ahmad anak kepada Menteri Besar Kelantan ketika menjawab isu beg tangan milik ibunya Siti Zabidah Ab. Hamid yang tular semasa menyambut kedatangan Perdana Menteri dan isterinya meninjau situasi banjir di negeri ini pada Khamis lalu.

Tegas Azma, beg tersebut sebenarnya hadiah dari kami anak-anak kepada umi (ibu) sempena hari keluarga 2022.

“Tak dok modal sungguh waso ore ponn nak fitnah,” tulisnya menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam.

Sementara itu, Unit Komunikasi Menteri Besar (UKMB) menyifatkan perkara tersebut sebagai cubaan fitnah untuk menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan Kerajaan Negeri.

Katanya, fitnah tersebut dibuat tanpa sebarang bukti dan usul periksa berkenaan status barangan tersebut. 

“Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300 bukannya mewah sehingga berharga RM 26,000 seperti didakwa. 

“Dalam situasi musibah banjir, disaat kepimpinan Kerajaan Negeri bertungkus lumus menguruskan, membantu dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang susah masih ada satu pihak yang mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam,” ujarnya.

UKMB berkata, rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan ‘character assasination’ yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan Kerajaan Negeri.

Sejak kelmarin,  tular kononnya isteri Menteri Besar Kelantan memakai beg berjenama yang bernilai RM26,000.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya