Pengusaha timun 'baby' rugi lebih RM15,000

Banjir: Pengusaha timun ‘baby’ rugi lebih RM15,000

MUHAMAD Nurul Hafiz Md. Nor menunjukkan kawasan kebun miliknya yang ditenggelami banjir di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang pengusaha timun ‘baby’ kerugian lebih RM15,000 selepas tanaman yang diusahakan secara fertigasi di Kampung Telaga Mas di sini, gagal dituai selepas ditenggelami banjir sejak Sabtu lalu.

Muhamad Nurul Hafiz Md. Nor, 30, berkata, disebabkan cuaca dia hanya sempat memungut sebahagian kecil tanaman yang diusahakannya itu.

Menurutnya, banjir yang melanda pada Sabtu lalu itu disifatkan antara yang terburuk apabila semua 1,500 polibeg tanaman timun ‘baby’ ditenggelami banjir.

“Kawasan kebun saya ditenggelami banjir sedalam 1.5 meter. Malah, laluan masuk ke kawasan kebun turut ditenggelami air sekali gus menggagalkan usaha untuk memungut hasil.

“Sejak 11 tahun mengusahakan tanaman fertigasi, ini kali pertama saya diuji dengan kejadian begitu teruk,” katanya.

Muhamad Nurul Hafiz memberitahu, dia berharap semoga banjir cepat surut dalam usaha menyelamatkan sisa tanaman yang masih ada.

Katanya, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertani pada masa hadapan.

“Selalunya, apabila banjir pertanian secara fertigasi gantung, jarang ditenggelami banjir, namun sebaliknya pada kali ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya