Banjir: Penduduk Pasir Puteh gusar ATM `tiada wang’ - Utusan Malaysia

Banjir: Penduduk Pasir Puteh gusar ATM `tiada wang’

SALAH sebuah bank yang belum beroperasi sejak banjir melanda Pasir Puteh, Kelantan. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Rata-rata penduduk di daerah ini bimbang apabila mereka kini kehabisan wang tunai selepas kebanyakan bank di daerah ini masih ditutup ekoran terjejas  banjir sejak lima hari lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai yang berkunjung ke beberapa bank utama di sini untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pulang hampa apabila institusi kewangan itu ditutup.

Seorang suri rumah, Fatimah Ismail, 35, berkata, keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan wang tubai untuk membeli susu dan lampin anaknya selain barangan dapur.

Menurutnya, pembelian di kedai runcit di daerah ini memerlukan pembayaran tunai sehingga terpaksa ke pasar raya untuk menggunakan kad debit bank.

“Saya harap operasi bank yang tergendala tidak berlanjutan kerana ia akan menyusahkan pengguna mengeluarkan wang tunai untuk berbelanja. Kebanyakan warga emas tidak pandai menggunakan kad debit untuk membeli barangan.

“Keperluan wang tunai juga amat penting oleh mangsa banjir bagi membeli peralatan membersih rumah selain untuk membeli keperluan asas. Saya berharap bank-bank di sini dibuka seawal mungkin untuk keperluan pelanggan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya