KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini makin ‘kritikal’ apabila jumlah mangsa makin bertambah kepada 26,513 orang berbanding 25,353 orang pagi tadi.
Menurut laporan Sekretariat Pengurusan Bencana negeri, setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 7,739 mangsa dari lapan jajahan ditempatkan di 133 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pasir Mas terus merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi di negeri ini apabila melibatkan seramai 6,994 mangsa.
Ia diikuti Pasir Puteh (4,379), Tumpat (4,302), Kota Bharu (4,071), Kuala Krai (3,428), Tanah Merah (1,315) Bachok (1,158) dan Machang sebanyak 1,124 mangsa.
Sementara itu, PPS di Jeli sudah ditutup selepas semua mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Lima batang sungai di negeri ini masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan (Tangga Krai, Kuala Krai), Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) dan Sungai Lebir di Tualang (kuala Krai).-UTUSAN