Banjir: Jalan Machang-Kota Bharu ditutup untuk kenderaan ringan

Banjir: Jalan Machang-Kota Bharu ditutup untuk kenderaan ringan

SEMUA kenderaan ringan tidak dibenarkan menggunakan lalaun Machang-Kota Bharu di Pulai Chondong, Machang, Kelantan selepas ditenggelami air-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Jalan Machang-Kota Bharu di Pulai Chondong di sini dinaiki air setinggi 0.5 meter susulan daripada hujan lebat yang melanda seluruh negeri Kelantan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, laluan utama sepanjang 800 meter itu ketika ini ditutup untuk semua kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menurutnya, selain jalan itu, laluan masuk ke lima buah kampung di daerah ini juga dinaiki air sehingga menyebabkan penduduk terputus hubungan.

“Jalan Belukar Panjang – Paloh Rawa sepanjang 300 meter dinaiki air setinggi 0.5 meter, Jalan Kampung Pertok Temangan-Kampung Pangkal Chuit Machang dan Jalan Pengkalan Kunyit – Mata Ayer sejauh 400 meter turut dinaiki air 0.5 meter air.

“Jalan Kolam ke bandar Machang juga dinaiki air 1 meter, Jalan Labok ke Kolam Air Panas pula ditenggalami air sedalam 1.5 meter dan Jalan Padang Kelumpang ke Kampung Kelaweh turut dinaiki air 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, orang ramai diminta untuk mematuhi arahan pihak polis dan sentiasa berwaspada terhadap situasi banjir-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya