Banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang makin buruk

Banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang makin buruk

SEORANG penduduk menggunakan motosikal untuk meredah banjir bagi memeriksa keadaan rumahnya yang ditenggelami air di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang semakin buruk apabila seramai 2,014 mangsa dari 634 keluarga ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,997 semalam.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 11 pagi tadi melaporkan, PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 712 orang.

Ini diikuti SK Gual Perok (544), SK Kubang Kual (251), PPS Putat 7 (157), Masjid Mukim Padang Licin (69).

Dua PPS di Pasir Mas pula iaitu SK Sri Kiambang menempatkan seramai 234 orang mangsa sementara SK Kedai Tanjong 47 mangsa.

Menurut aplikasi MyPublic Infobanjir, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang semakin menurun kepada 9.25 meter namun masih melepasi tahap amaran.

Sementara itu, jalan utama yang menghubungkan Kampung Tersang ke Jeram Perdah masih ditutup kepada semua kenderaan.

Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang, Jalan Tok Deh-Gual Periok dan Jalan Gual Tok Deh turut ditutup kepada semua kenderaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya