Banjir di Kelantan bertambah buruk

Banjir di Kelantan bertambah buruk

KEADAAN terkini banjir di Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir bertambah buruk apabila sembilan jajahan di negeri ini sudah ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak semalam sekaligus menyaksikan 9,214 mangsa telah ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 8.42 pagi tadi menunjukkan sebanyak 2,724 keluarga ditempatkan di 82 PPS.

Jajahan Pasir Mas menempatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu 3,840, diikuti Tanah Merah (1,327), Pasir Puteh (1,070), Kuala Krai (832), Machang (814), Kota Bharu (807), Bachok (448) Tumpat (223), dan Jeli (207).

Sementara itu MyPuclic Infobanjir menunjukkan enam batang sungai di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Jambatan Melor (Bachok), Sungai Lebir Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Golok (Tanah Merah), Sungai Golok (Tumpat) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya