Banjir di Kelantan bertambah baik, mangsa terus menurun

Banjir di Kelantan bertambah baik, mangsa terus menurun

AIR masih belum surut sepenuhnya di kawasan rumah penduduk Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini bertambah baik apabila mangsa terus menurun kepada 4,300 orang mangsa berbanding 5,585 setakat malam tadi.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah tersebut melibatkan seramai 1,412 keluarga dari jajahan Pasir dan Tumpat yang masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

“Seramai 3,118 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS, makanala Tumpat melibatkan 1,182 orang.

“Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu kembali ke paras amaran berbanding bahaya semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur dengan situasi banjir yang semakin pulih ketika ini.

“Tumpuan ketika ini adalah pemulihan pasca banjir. Terdapat banyak kemudahan, sekolah-sekolah serta masjid yang memerlukan kerja-kerja pembersihan.

“Saya ucapkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Jabatan Amal Kelantan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar universiti serta sukarelawan yang bergotong-royong membersihkan tempat-tempat tersebut,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya