Anthony Loke mohon maaf pada penumpang tren

Anthony Loke mohon maaf pada penumpang tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang tren di Lembah Klang berikutan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang masih bermasalah hingga kini. 

Dalam sidang medianya, Loke menyentuh beberapa isu utama termasuk kekerapan tren serta kegagalan lif serta eskalator berfungsi seperti biasa. 

“Pada waktu ini, perkhidmatan masih belum stabil. Saya mohon maaf kepada penumpang. Dalam beberapa bulan akan datang, memang akan ada perkhidmatan tergendala dari semasa ke semasa.

“Pihak Prasarana sudah diminta sudah diminta untuk pandang serius isu ini, wujudkan pelan sokongan untuk memastikan kita dapat meminimumkan kesan kepada pengguna.

“Sebanyak 46 eskalator di stesen-stesen tren dikenalpasti tidak berfungsi dan hampir semua lif di stesen monorel juga tidak berfungsi,” katanya. 

Menurut Loke, beliau mengarahkan supaya petugas serta polis bantuan untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di stesen tren. 

Loke mohon maaf dan akui kaedah itu tidak menyelesakan golongan itu,  namun, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan pada masa ini. 

Dalam sidang media sama, semua penumpang dinasihat supaya bersabar sehingga suku ketiga tahun depan sebelum masalah kekerapan tren itu dapat diselesaikan. 

Tambah Loke, walaupun Prasarana mempunyai sebanyak 56 set tren namun hanya 38 set yang beroperasi kerana 18 set tren sedang diselenggara sejak beberapa bulan lalu. 

Bagaimanapun, Anthony menegaskan jumlah itu tidak statik dan pihaknya akan terus usaha supaya lebih banyak tren boleh digunakan serta tempoh masa kekerapan tren boleh dipendekkan. 

“Kita tahu pada waktu punca ketika ini, penumpang adalah lebih daripada kapasiti tren. Itu yang menyebabkan kesesakan yang sangat berat untuk penumpang. 

“Pada ketika ini, hanya 38 set tren yang beroperasi dan itu menyebabkan kekerapan tren adalah lima minit. Itu adalah sesuatu yang tidak memuaskan kerana kita tahu bahawa kekerapan tren yang diperlu untuk kurangkan kesesakan sekurang-sekurangnya tiga minit.

“Untuk mencapai kekerapan setiap tiga minit, kita memerlukan 48 set tren. Bagaimanapun, kita hanya mempunyai 38 set ketika ini kerana 18 set tren sedang diselenggara,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya