[ANALISIS] Sukar ramal PRU15 DUN Tioman

[ANALISIS] Sukar ramal PRU15 DUN Tioman

SEORANG penyokong memperbetulkan kedudukan bendera yang tumbang dan ditiup angin di jalan menuju Tanjung Gemok, Rompin, Pahang. -UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Rompin, Pahang, 7 Disember ini sukar untuk diramalkan berkenaan gabungan parti politik mana yang akan menang.

Ini kerana, pasca PRU15 pada 19 November lalu, rakyat dilihat sudah semakin muak dan bosan dengan politik yang menyebabkan berlaku suasana tidak kondusif dan baik dalam negara.

Kesannya di Pahang, pertama kali dalam sejarah negeri ini tergantung sehingga sembilan hari ekoran tiada parti politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Situasi itu berlaku kerana rakyat sudah mula ‘meluat’ dengan politik seperti mana kata penduduk dari utara tanah air yang menetap di Kampung Jawa di Rompin.

Difahamkan juga, pengundi tidak lagi melihat parti politik ataupun calon bertanding sebaliknya, ayat yang diungkapkan pengundi adalah ‘siapa hulur lebih, parti itu diberi undi’.

Meskipun sentimen gelombang tsunami Melayu masih ada, namun pengundian pada hari bekerja menyebabkan golongan muda yang dikatakan terarah kepada Perikatan Nasional (PN) tidak dapat pulang.

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan negeri dilihat sedikit sebanyak memberikan kesan kepada parti berkenaan.

Tioman bukan sahaja menjadi medan menguji kerjasama BN dan PH, tetapi ia juga akan menilai sama ada pengundi di sana boleh menerima gabungan sedemikian atau tidak.

Difahamkan, kerjasama itu memberikan potensi kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain dari BN untuk mempertahankan kerusi itu namun tetap berdepan tugas getir ekoran gelombang kebangkitan PN pada pilihan raya umum (PRU), 19 November lalu.

Di pihak PN pula, tentunya gabungan itu akan menjadikan isu tersebut sebagai modal politik bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi Melayu termasuk penyokong akar umbi BN.

Bagaimanapun, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh kempen yang mempunyai baki empat hari lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya