Alami masalah penglihatan tidak halang genggam ijazah - Utusan Malaysia

Alami masalah penglihatan tidak halang genggam ijazah

MOHD. Sufri Syahrifuddin (kiri) bersama rakan baiknya, Mohd. Amirol Ridzuan Aripin selepas mereka menerima Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam sempena Majlis Konvokesyen Ke-20 USIM di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang graduan orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd. Sufri Syahrifuddin, 24, tidak menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai penghalang untuk menamatkan pengajian dan menggenggam segulung ijazah.

Dia hari ini menerima Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian sempena Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Mohd. Sufri yang berasal dari Kunak, Sabah itu memaklumkan telah mengalami masalah penglihatan sejak berusia 10 tahun dan turut menghidap kencing manis sejak berusia tujuh tahun.

“Saya amat bersyukur kerana memberi saya kekuatan semangat untuk terus belajar, walaupun saya ada kekurangan tetapi saya tidak menjadikan ia sebagai kelemahan. 

“Walaupun saya menggunakan kanta dan menggunakan saiz tulisan 14 untuk membaca namun, saya berjaya menamatkan pengajian pada hari ini. 

“Saya bercadang menyambung pelajaran peringkat sarjana dalam bahasa Arab Komunikasi di USIM kerana saya mahu menambah ilmu pengetahuan saya,” katanya ketika ditemui di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai di sini.

Mohd. Sufri merupakan anak bongsu daripada tiga beradik juga menjelaskan, dia baharu sahaja selesai menjalani kursus pemulihan bagi orang buta di Perak selama enam bulan. 

Sementara itu, katanya, dia berterima kasih kepada rakan baiknya, Mohd. Amirol Ridzuan Aripin yang banyak membantunya sepanjang sepanjang pengajian di USIM. 

“Dia yang banyak membantu saya dalam menyediakan nota pelajaran dan membawa saya ke masjid dan ke kelas kuliah setiap hari,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya