PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Pontian dari Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari Pakatan Harapan itu akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.
Pengumuman jawatan itu dibuat Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, di sini malam ini. –UTUSAN