Ahli Parlimen Mukah lewat, tak sempat undi pilih speaker - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Mukah lewat, tak sempat undi pilih speaker

Datuk Seri Hanifah Hajar Taib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sokongan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Johari Abdul berkurang satu undi disebabkan seorang ahli parlimen blok kerajaan tidak sempat menyertai pemilihan tersebut. 

Ia berikutan Ahli Parlimen Mukah, Datuk Seri Hanifah Hajar Taib dipercayai tiba lewat di Parlimen dan terlepas peluang untuk mengundi Speaker Dewan Rakyat yang baharu. 

Jumlah ahli parlimen yang mengundi semasa pemilihan speaker adalah seramai 221 orang, kurang satu daripada jumlah keseluruhan 222 ahli parlimen.

Johari yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 147 undi daripada 148 ahli parlimen yang menyokong pembentuk kerajaan perpaduan.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya