Agensi kerajaan, GLC bawah selian Kementerian Kewangan perlu bantu rakyat

Agensi kerajaan, GLC bawah selian Kementerian Kewangan perlu bantu rakyat

AHMAD Maslan (dua kiri) menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Kementerian Kewangan mahu semua agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliannya memainkan peranan lebih proaktif dalam membantu rakyat yang terjejas dengan banjir menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, agensi dan GLC di bawah selian Kementerian Kewangan perlu menjadi contoh dalam membantu rakyat yang sedang berdepan musibah.

“Saya mahu agensi kerajaan dan GLC (di bawah Kementerian Kewangan) lebih proaktif melaksanakan CSR tanpa perlu menunggu arahan supaya usaha membantu mereka yang terkena musibah seperti banjir dapat dilaksanakan secara terus.

“Bila dapat tahu mengenai bencana seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya, bantu segera tanpa perlu saya turun padang,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bencana banjir berjumlah RM80,000 di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu memberitahu, agensi di bawah kementeriannya yang mengutip hasil seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga perlu terlibat dalam CSR bagi membantu rakyat.

Katanya, setakat ini beliau hanya boleh memberikan arahan kepada agensi kerajaan dan GLC di bawah Kementerian Kewangan.

“Kita berharap selepas ini agensi-agensi lain juga dapat memberi keutamaan CSR kepada rakyat ketika mereka dilanda musibah dan kesusahan.

“Sebagai contoh dalam siri bantuan kepada mangsa banjir pada hari ini, pihak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyumbangkan 800 bungkusan makanan yang setiap satunya bernilai RM100 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM80,000, manakala JKDM pula menyumbangkan beras,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya