ADUN Kota terbabit nahas tiga buah kenderaan - Utusan Malaysia

ADUN Kota terbabit nahas tiga buah kenderaan

KEMALANGAN tiga buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Seremban–Tampin, dekat Rembau semalam yang turut membabitkan ADUN Kota, Datuk Seri Dr. Awaludin Said.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr. Awaludin Said terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan termasuk lori di Kilometer 27, Jalan Seremban–Tampin, dekat sini, petang semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, Awaludin yang memandu kereta jenis Honda Accord dan isterinya yang duduk di bahagian penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, nahas turut melibatkan sebuah lori jenis Daihatsu membawa muatan batang besi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori terbabit datang dari arah Seremban menghala ke Tampin, sampai di lokasi kejadian akibat mengekori jarak yang dekat lori itu telah terlanggar belakang Honda BRV yang sedang berhenti di hadapannya kerana jalan sesak.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan Honda BRV itu melanggar belakang kereta yang dipandu Awaludin yang juga sedang berhenti akibat jalan di hadapan sesak. 

“Akibat daripada kemalangan berkenaan, penumpang belakang Honda BRV mengalami kecederaan ringan, sakit di bahagian belakang badan dan dirawat di Hospital Rembau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata,  kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya