9 mayat belum dituntut

9 mayat belum dituntut

AHLI keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali yang dilihat sedih di perkarangan Jabatan Forensik sebelum jasad dihantar ke tempat pengebumian di sini hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Keluarga atau waris sembilan mayat mangsa runtuhan tanah di tiga tapak di Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat sini, diminta untuk tampil membuat tuntutan di Hospital Sungai Buloh

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, sebanyak 15 mayat sudah diserahkan kepada waris atau keluarga semalam.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Setakat ini, ada sembilan lagi mayat masih belum dituntut oleh keluarga atau waris. Buat laporan polis segera atau datang terus ke hospital pun boleh. 

“Saya mohon waris keluarga terlibat atau rakan-rakan yang tahu tentang maklumat kes ini supaya pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk pengecaman dan kenal pasti supaya urusan pengembalian mayat dipermudahkan. 

“Ada pasukan khas yang akan menguruskan dokumentasi, penyerahan mayat mangsa dan sebagainya utk memudahkan keluarga dan waris yang terlibat,” katanya kepada pemberita. 

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sepatutnya diteruskan sehingga pukul 4 awal pagi, ditangguhkan pada pukul 9 malam tadi ekoran hujan lebat.

Operasi disambung semula pada pukul 8.30 pagi ini. 

Suffian berkata, lima komponen utama agensi penyelamat yang terdiri daripada 112 anggota pegawai pada operasi hari ketiga.

Selain itu, katanya, tiga ekor unit anjing pengesan (K9) juga digerakkan bagi membantu operasi SAR hari ini. 

Setakat semalam, 24 disahkan maut manakala 9 lagi masih belum ditemui daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya