25,353 orang jadi mangsa banjir di Kelantan

25,353 orang jadi mangsa banjir di Kelantan

DUA orang penduduk meredah sedalam satu meter sambil menolka pelampung di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang Kelantan, semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 25,353 mangsa banjir dari sembilan jajahan di negeri ini masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami air sejak kelmarin.

Jumlah tersebut melibatkan 6,897 keluarga dari jajahan Bachok, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Mengikut portalbencana.nadma.gov.my Pasir Mas merekokan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 5,322 orang diikuti Pasir Puteh (4,379), Tumpat (4,202), Kota Bharu (4,084) dan Kuala Krai (3,229).

Sementara Tanah Merah menempatkan seramai 1,387 orang mangsa banjir, Machang (1,172), Bachok (1,158) dan Jeli (420).

Lima batang sungai di negeri ini masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan (Tangga Krai, Kuala Krai), Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) dan Sungai Lebir di Tualang (kuala Krai)

Dalam perkembangan lain semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun menjadi korban pertama banjir di negeri ini apabila ditemukan lemas di Kampung Tok Deh, Rantau Panjang.

Sebelum itu, tiga beradik maut di Kampung Morak, Tumpat di sini, maut selepas terkena renjatan elektrik yang  dipercayai berpunca daripada kebocoran pendawaian elektrik daripada salah sebuah rumah penduduk kawasan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya