Zamani rapat dengan arwah abang, dia sangat berduka - Utusan Malaysia

Zamani rapat dengan arwah abang, dia sangat berduka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sahabat baik vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, Ahmad Naqiuddin memaklumkan, penyanyi itu masih berduka dengan pemergian abangnya, Zulfazil Ibrahim, yang menghembuskan nafas terakhir, malam tadi.

Menurut Naqiuddin, semasa pertemuan dengan sahabatnya itu pada pagi tadi, Zamani dilihat sugul dan masih bersedih memandangkan dia dan arwah abangnya sangat rapat.

“Saya ada bertemu dengannya sekejap, pagi tadi. Nampak dia masih bersedih dan saya pun tidak mahu bertanya lebih-lebih. Kita faham keadaannya itu.

“Setahu saya, dia memang sangat rapat dengan arwah abang. Dia cuma ada arwah selepas kakaknya meninggal dunia, dua tahun lalu.

“Saya berharap semua akan mendoakan keadaannya memandangkan Zamani masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan tulang belakang, baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Naqiuddin, arwah abang Zamani selamat dikebumikan pada pukul 10.30 pagi tadi di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Subang.

“Itu sahaja yang saya tahu. Malam tadi, dia menghubungi saya memaklumkan abangnya meninggal dunia sekitar 11.30 malam.

“Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh. Jenazah dibawa ke surau berhampiran kediamannya sebelum dikebumikan,” katanya.

Naqiuddin turut meminta semua pihak untuk sama-sama memberi semangat buat Zamani serta keluarga, selain mendoakan sahabatnya itu segera pulih dan sihat seperti biasa.

Difahamkan, Zulfazil ada melawat Zamani ketika menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit Scoliosis pada 7 November lalu.

Terdahulu, penyanyi lagu Syair Si Pari Pari itu kehilangan kakaknya, Zuraidah Ibrahim pada 26 September 2020 akibat komplikasi buah pinggang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya