Warisan-GPS capai sefahaman, blok Borneo diumum tidak lama

Warisan-GPS capai sefahaman, blok Borneo diumum tidak lama lagi -Shafie

MOHD. Shafie Apdal ketika berucap dalam ceramah Warisan di Pandan, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Warisan (Warisan) sudah mencapai persefahaman dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membentuk kerjasama blok Borneo.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan rasmi mengenai kerjasama itu bagaimanapun akan diumumkan tidak lama lagi.

“Sebenarnya, kita memang sudah ada persefahaman, tetapi saya belum mahu mendedahkannya, kita tunggu masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas hadir ceramah Warisan di Pandan, malam tadi.

Terdahulu, Mohd. Shafie dalam ceramahnya berkata, sudah sampai masanya angin dari Timur iaitu blok Borneo yang merangkumi Sabah dan Sarawak mentadbir Malaysia.

Katanya, langkah itu selaras agenda untuk membina Malaysia yang baharu dan lebih baik demi kesejahteraan seluruh bangsa serta agama.

“Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah perintah negara, saya ingat sampai masanya untuk angin dari Timur (blok Borneo) pula ke Semenanjung.

“Kalau di United Kingdom, orang India boleh jadi Perdana Menteri manakala di Amerika Syarikat, orang kulit hitam dilantik sebagai Presiden, jadi kenapa orang Sarawak atau Sabah tidak boleh?

“Bukan kita mahukan (jawatan) tetapi kita mahu mengubah negara, maka blok Borneo berperanan ke arah Malaysia baharu dan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shafie menyelar tuduhan kononnya Warisan merupakan parti pengacau kerana bertanding di kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tegasnya, Warisan bukan parti untuk rakyat Sabah semata-mata.

“Kita bukan pengacau, kalau UMNO, Pas, PKR dan DAP boleh bertanding di Sabah serta Sarawak, kenapa kita tidak boleh berbuat demikian di Semenanjung?

“Warisan parti yang berdaftar dengan  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, bukannya di Kota Kinabalu, Sabah,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya