Wan Saiful rayu pengundi pakatan Zahid-Anwar

Wan Saiful rayu pengundi tolak pakatan Zahid-Anwar

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan merayu para pengundi untuk memilihnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menolak pakatan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Saiful menambah, hanya PN menawarkan kerajaan prihatin bersih dan stabil di bawah gandingan kepimpinan dua tokoh hebat iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

“Barisan Nasional akan mengangkat Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri dan keutamaan mereka adalah memperkaya diri dan menyelamatkan diri. Pakatan Harapan pula akan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri dan agenda mereka akan merosakkan struktur asas Perlembagaan negara.

“Malahan Ahmad Zahid pernah berpakat untuk mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri. Mereka berdua juga tidak pernah menafikan secara tuntas dakwaan bahawa ada pakatan untuk Zahid dan Anwar bekerjasama selepas PRU15,” katanya dalam Facebooknya.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan Wan Saiful terpilih sebagai calon PN Parlimen Tasek Gelugor dalam PRU15.

Justeru, kata Wan Saiful, tugas kemenangan PN di Tasek Gelugor merupakan satu amanah berat dan beliau menerima tanggungjawab itu dengan penuh kesedaran bahawa ia adalah amanah daripada parti demi rakyat dan negara serta untuk kebaikan seluruh warga penduduk.

“Walaupun PRU15 dijangka menyaksikan pertandingan banyak penjuru di seluruh negara, sebenarnya rakyat tidak mempunyai banyak pilihan yang munasabah. Hanya PN menawarkan kerajaan prihatin bersih dan stabil.

“Tiada agenda sulit atau agenda menyelamatkan diri. Yang ada hanyalah agenda menjaga kebajikan rakyat dan membangun semula ekonomi negara. Saya mohon pengundi Tasek Gelugor bantu saya untuk menyumbang satu kerusi yang akan digunakan untuk menolak pakatan Zahid-Anwar dan menjulang kepimpinan Muhyiddin-Hadi,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya