Penduduk rakam puting beliung di Yan

[VIDEO] Penduduk rakam puting beliung di Yan

IMEJ puting beliung yang dirakam Abd. Rashid Mohd. Darom di Taman Chempedak Indah, Guar Chempedak di Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Penduduk di Guar Chempedak di sini gempar apabila melihat pusaran angin seperti puting beliung melanda di sebuah kawasan di sana petang tadi.

Penduduk, Abd. Rashid Mohd. Darom, 36, berkata, dia menyedari pusaran itu ketika berada di luar rumah di Taman Chempedak Indah, Guar Chempedak pada pukul 5.17 petang.

“Saya terkejut kerana ini merupakan kali pertama saya menyaksikan puting beliung depan mata sebelum merakamkan pusaran tersebut sehingga ia hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rakaman video puting beliung yang dirakam oleh warganet di Taman Chempedak Indah, Guar Chempedak, Kedah, petang tadi. -Ihsan media sosial

Katanya, pusaran itu kelihatan sampai ke bawah, namun, tidak pasti sama ada ia melanda kawasan daratan atau tidak.

“Semoga tiada kawasan perumahan yang terjejas akibat kejadian puting beliung itu,” ujarnya.

Abd. Rashid kemudian memuat naik video rakaman tersebut di akaun TikTok Rashid Darom Jawa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya