UNDI18 punca keadaan politik tidak menentu

Undi18 punca keadaan politik tidak menentu

KEHADIRAN pengundi muda memberi kesan besar kepada keputusan PRU15, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Undi18 antara punca negara berada dalam keadaan tidak menentu serta tiada pemerintah dapat ditentukan walaupun sudah tiga hari sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pada usia 18 tahun pelajar baru tamat sekolah menengah dan kebanyakan mereka masih tidak mengenali dunia politik.

“Bagaimana kepercayaan yang begitu besar boleh diletakkan ke atas mereka tanpa sebarang panduan terlebih dahulu seperti dengan mengadakan kursus politik untuk mendidik anak-anak muda ini.

“Tidak masuk akal betul perkara ini dilaksanakan, kalau macam itu lebih baik bagi pelajar 12 tahun pun untuk mengundi, sama sahaja pengetahuan kebanyakan pelajar tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah 219 kerusi dipertandingkan bagi peringkat Parlimen pada PRU15.

Pakatan Harapan (PH) memenangi sebanyak 76 kerusi di peringkat Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) 51 kerusi; Barisan Nasional (BN) 30 kerusi dan masing-masing 22 kerusi bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pas.

Beliau berkata, walaupun kerajaan dibentuk nanti tetap akan lemah kerana mereka tidak membawa suara hati rakyat serta kerajaan sepatutnya bekerja rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi sekiranya PH mentadbir semula, perkara yang berlaku selama 22 bulan itu sahaja akan berulang iaitu tiada apa-apa perubahan yang besar.

“Banyak keputusan yang dilaksanakan tidak munasabah dan sistem ini perlu dikaji semula dengan lebih serius dengan mengambil kira pendapat NGO,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, lebih baik sekiranya dapat mencapai persefahaman dan membentuk kerajaan secepat mungkin.

“Rakyat bimbang perkara yang akan terjadi dan hilang keyakinan dengan pentadbiran negara, di samping nilai ringgit dan saham juga akan terus terjejas.

“Namun, negara kita masih mempunyai pentadbir tertinggi iaitu Yang di-Pertuan Agong untuk mengawal keadaan semasa,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya