PETALING JAYA: UMNO mengadakan dua mesyuarat penting hari ini dipercayai berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, agenda pertama adalah mesyuarat Biro Politik pada pukul 12 tengah hari dan diikuti Majlis Tertinggi pada pukul 3 petang.
Beliau memaklumkan perkara itu dalam akaun Twitternya.
Dalam keputusan rasmi, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 24 kerusi parlimen sekali gus sukar untuk membentuk kerajaan Pusat.- UTUSAN