Tun Mahathir berdepan empat pencabar di Langkawi - Utusan Malaysia

Tun Mahathir berdepan empat pencabar di Langkawi

ABDUL Gafar Yahya (tiga dari kiri) menjulang tangan Dr. Mahathir Mohamad selepas beliau mengumumkan calon-calon Parlimen Langkawi termasuk Armishah Siraj (kiri); Zabidi Yahya (dua kiri); Abd. Kadir Sainudin (dua kanan) dan Mohd. Suhaimi Abdullah di Langkawi, hari ini. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanding di Parlimen Langkawi dan akan ditentang empat calon lain termasuk seorang calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr. Mahathir, 97,  mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada PRU14 di bawah lambang PKR ketika bersamaPakatan Harapan (PH).

Calon lain yang diterima bertanding ialah Datuk Armishah Siraj daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional); Zabidi Yahya (PH) dan calon bebas yang menggunakan lambang bunga, Datuk Abd. Kadir Sainudin.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya memaklumkan, pihaknya telah menerima kertas penamaan daripada kelima-lima  calon tersebut tanpa ada penolakan.

Ketika proses penamaan calon itu, Armishah menghantar borang pencalonannya pada pukul 9.01 pagi, diikuti Dr. Mahathir dua minit kemudian, Abd. Kadir (9.05 pagi) Suhaimi (9.08 pagi) sebelum Zabidi menjadi calon terakhir yang menghantar borang berkenaan.

Pada PRU14, Dr. Mahathir menang dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Datuk Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya