Tolak PH buat  fitnah tentera dibayar RM300 - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Tolak PH buat  fitnah tentera dibayar RM300 – Hishammuddin

HISHAMMUDDIN Hussein berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Anggota tentera perlu menterjemahkan rasa tidak puas hati berhubung dakwaan berunsur fitnah oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan Anwar itu bukan sahaja meragui integriti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah mencalar kredibiliti pasukan.

“Saya sebenarnya marah dan maklum balas yang diterima daripada ATM pun beritahu ramai anggota kita marah (dengan dakwaan Anwar). 

“(Jadi) terjemahkan kemarahan tersebut kepada sokongan untuk BN pada hari pengundian nanti,” kata beliau selepas mengadakan walkabout di Tapak Pasar Malam dan Harian Kamunting di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, tuduhan sebarangan Presiden PKR itu bukan sahaja membangkitkan kemarahan warga tentera malah orang ramai.

“Sekarang, tentera pun marah dengan dia (Anwar). Mengundi pos bukan satu perkara baharu, tak akanlah maruah dan nilai anggota kita setakat RM300. 

KETERLALUAN

“Saya bagi pihak ATM merasakan Anwar dalam isu ini amat keterlaluan dan saya tidak akan layan. Orang ramai juga akan tolak pertimbangan sempit terhadap ATM seperti itu,” katanya.

Terdahulu, Anwar dalam ceramah di Kuala Nerus, Terengganu mendakwa ada anggota tentera dalam Parlimen Bera di Pahang sudah melaksanakan undi awal dan mereka dibayar RM300 setiap seorang.

Anwar yang juga calon Parlimen Tambun berkata, dia mempunyai bukti berkaitan dakwaan itu dan meminta siasatan segera dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, beliau berkata, gandingan calon daripada tiga parti komponen BN untuk bertanding di Parlimen Taiping dan tiga DUN dibawahya diyakini dapat menambat hati pengundi sekali gus mencipta kemenangan di kawasan tersebut.

Malah katanya, percaturan meletakkan calon daripada tiga kaum itu menangkis politik sempit kepada pihak yang hanya melihat kepada isu perkauman dan agama demi kepentingan diri.

“Ini satu pasukan yang saya impikan di mana orang dapat melihat kewibawaan mereka lebih-lebih lagi terdiri daripada mereka yang berbilang kaum dan agama. 

“Seluruh negara akan memerhatikan sama ada pasukan yang kita tonjolkan ini dapat kekal di hati dan meraih sokongan orang ramai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya