Tok Mat, Jufitri bertembung di pasar malam - Utusan Malaysia

Tok Mat, Jufitri bertembung di pasar malam

MOHAMAD Hasan (kanan) dan Jufitri (tengah) sempat beramah mesra apabila masing-masing bertembung di Pasar Malam Chembong, Rembau petang tadi dalam jadual kempen PRU15.-UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Lokasi pasar malam sering menjadi tumpuan sebagai tempat calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertemu dengan orang ramai dalam tempoh berkempen ketika ini.

Jadi tidak hairanlah, sering terjadi calon-calon ini bertembung sesama mereka ketika berkempen di kawasan tersebut.

Situasi sama berlaku di Pasar Malam Chembong, di sini, petang tadi apabila ia melibatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha.

Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat tiba di pasar malam itu sekitar pukul 5.50 petang dan diikuti Jufitri kira-kira 20 minit selepas itu dan mereka bertembung kira-kira pukul 6.24 petang.

Kedua-duanya bersama penyokong masing-masing sempat beramah mesra dan saling bertanya khabar.

Bagi pengunjung pasar malam tersebut, Amira Hassan, 36, berkata, dia tidak menyangka akan bertemu dengan calon PRU15 di lokasi berkenaan dalam waktu yang sama.

“Rasa seronok sebab berpeluang bergambar terutamanya dengan Tok Mat. Sebagai pengundi, besar harapan saya agar PRU15 ini akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan tidak ‘berkecamuk’ lagi,” katanya.

Pada PRU15 ini, kerusi Parlimen Rembau menyaksikan pertembungan lima penjuru dan ia turut ditandingi oleh calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya